Basic
- Kad AR: video muncul bila kad diimbas
- Jemputan digital asas: nama, tarikh & kira detik
- Atur cara, lokasi Waze & Google Maps
- Simpan ke Kalendar & hubungi wakil (WhatsApp)
- Butang “Tonton tanpa AR” · 1 kali revisi
Kad jemputan anda bertukar menjadi video kenangan bila tetamu halakan kamera telefon. Tiada aplikasi perlu dimuat turun — imbas, dan detik indah itu hidup semula.
Berfungsi di Safari iPhone & Chrome Android. Ada pilihan “Tonton tanpa AR” untuk semua tetamu.
Pilih Basic, Plus atau Premium mengikut keperluan majlis anda.
Hantar butiran majlis, reka bentuk kad, video dan foto mengikut senarai bahan.
Dalam 3 hari bekerja (Premium: 48 jam), kad anda siap “hidup”. Tetamu imbas, video bermain, kemudian terus ke jemputan digital untuk RSVP & lokasi.
Buka demo di telefon, kemudian halakan kamera ke kad contoh “Aiman & Sofea” di bawah (paparkan di skrin lain atau cetak).
Imbas untuk cuba demo
/c/?id=demo-kahwin
Semua pakej termasuk hosting 12 bulan. Basic & Plus siap dalam 3 hari bekerja, Premium dalam 48 jam selepas bahan lengkap. Senarai bahan · Terma & syarat
iPhone (iOS 15 ke atas) melalui Safari, dan telefon Android melalui Chrome (Android 9 ke atas). Kebanyakan telefon 4–5 tahun kebelakangan ini serasi. Tiada aplikasi perlu dimuat turun.
Imbas kod QR pada kad dengan kamera telefon, tekan “Mula Imbas”, benarkan akses kamera, kemudian halakan kamera ke kad dalam cahaya yang cukup. Video akan muncul di atas kad.
Setiap kad ada butang “Tonton tanpa AR” yang memainkan video seperti biasa — sesuai untuk tetamu yang hanya ada satu telefon (kad digital dalam telefon yang sama), telefon lama, atau tidak mahu beri akses kamera.
12 bulan untuk semua pakej Kad AR, bermula dari tarikh pautan diserahkan. Boleh dilanjutkan selepas itu dengan caj kecil.
Refund penuh jika dibatalkan sebelum kerja bermula. Selepas kerja bermula, refund ditolak nilai kerja yang telah dibuat. Butiran penuh di halaman terma.
Foto yang anda hantar hanya digunakan untuk potret AI dan jemputan anda. Foto asal dipadam daripada simpanan kami 14 hari selepas jemputan diterbitkan. Pautan jemputan tidak diindeks oleh enjin carian.
Potret AI berinspirasikan wajah anda, bukan salinan 100%. Kami mewajibkan wajah, tudung, pakaian dan aurat dikekalkan seperti foto asal, dan menyemak setiap potret sebelum diserahkan. Jika ada yang kurang tepat, ia boleh dijana semula dalam had revisi.
Kami hanya menggunakan lagu bebas royalti daripada katalog kami (akustik romantik, tradisional moden, nasyid instrumental) untuk mengelakkan isu hak cipta. Lagu artis/komersial tidak boleh digunakan kecuali anda memiliki lesennya.
Tempah sekarang — siap dalam 3 hari bekerja selepas bahan lengkap.
Tempah Kad ARLihat senarai bahan yang perlu disediakan →
Ada soalan? WhatsApp +60 11-2873 0150